Arab Saudi Kuarantinkan Wang Kertas Dan Syiling Selama 20 hari Untuk Elak COVID-19

Gambar Hiasan

Penularan wabak COVID-19 masih berada pada tahap yang membimbangkan dengan jumlah jangkitan seluruh dunia kini sebanyak 5,627,737 kes dan lebih 340 ribu kematian.

Oleh itu, Arab Saudi nampaknya sangat serius untuk mengekang penularan wabak berjangkit ini apabila negara tersebut dilaporkan turut mengenakan arahan kuarantin kepada wang kertas dan juga syiling yang diterima sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Langkah ini dipercayai boleh mengekang penularan wabak COVID-19 di negara mereka. Difahamkan, kesemua wang yang diterima akan diasingkan dalam unit tertutup selama 14 sehingga 20 hari dengan jangka masa bergantung dari mana wang itu datang.

“Wang kertas dan duit syiling akan menjalani mekanisme rawatan khas untuk memastikan wang itu selamat digunakan.”

Gambar Hiasan

Advertisement

Bukan itu sahaja malah, mereka juga menyediakan mesin khas untuk menyusun wang secara automatik mengikut standard kualiti yang ditetapkan. Manakala wang yang mempunyai kotoran akan dihancurkan dengan segera.

Wang kertas dan duit syiling yang dirawat akan disimpan di perbendaharaan pihak berkuasa dan dihantar ke bank supaya ianya dapat disimpan dalam jangka masa yang lebih lama.

Bagaimanapun, langkah berjaga-jaga ini dikatakan tidak akan mempengaruhi aliran tunai di pasaran wang tempatan.

Perhitungan yang tepat antara tempoh pengasingan wang kertas, jumlah tunai terpencil dan jumlah yang diperlukan oleh sistem monetari dan pasaran tempatan telah diteliti sehingga dikatakan dapat memperoleh keseimbangan.

Kini Arab Saudi telah mengurangkan kos perkhidmatan dan membuat pengecualian dari bayaran tertentu. Selain itu, mereka juga telah menekankan semua sektor swasta negara untuk mengurangkan aliran tunai semasa.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Comments