Arab Saudi Perkenal Aplikasi Bantu Suami Jejak Lokasi Isteri Dapat Sambutan Luar Biasa

167

Satu aplikasi pintar menjejaki lokasi isteri yang diberi nama Absher telah diperkenalkan oleh kerajaan Arab Saudi baru-baru ini.

aplikasi

Aplikasi tersebut membantu para suami menjejaki lokasi isteri mereka pada setiap masa. Ia membolehkan orang lelaki dalam sesebuah keluarga menetapkan bila dan bagaimana seorang gadis atau wanita bawah jagaan mereka bergerak di luar rumah.

Sekiranya ada pergerakan mencurigakan, makluman akan disampaikan kepada keluarga wanita itu.

aplikasi

Di bawah undang-undang Arab Saudi, lelaki merupakan penjaga sah kepada golongan wanita.

Malah, mereka mempunyai hak untuk mengehadkan pergerakan setiap ahli keluarga wanita termasuk menggunakan jalan raya dan lapangan terbang tertentu sahaja.

aplikasi

Sambutan luar biasa dapat dilihat apabila aplikasi ini mencatatkan lebih sejuta pengguna melalui Apple iTunes dan Google Play Store di negara tersebut.

Bagaimanapun kaedah ini mendapat kritikan dan tentangan sesetengah pihak terutamanya aktivis dan badan hak asasi manusia Barat.

Mereka menganggap aplikasi tersebut sebagai menindas, melanggar hak asasi serta diskriminasi terhadap golongan wanita.

aplikasi

Mereka turut membidas Apple dan Google kerana membenarkan aplikasi itu dimuat turun melalui perkhidmatan yang mereka sediakan kepada pengguna alat telekomunikasi.

Sumber Berita: Daily Mail

Comments

comments