Art Aquarium Di Tokyo Akan Membuka Muzium Tetap Pertama Pada Bulan Ogos Ini

art aquarium tokyo

Setelah bertahun-tahun melakukan pameran dengan jayanya, Art Aquarium akan menjadi tarikan terbaru dengan pembukaan muzium tetap bermula Ogos ini. Menariknya, muzium ini akan menempatkan lebih dari 30,000 ikan mas.

Art Aquarium adalah akuarium interaktif dan muzium yang akan memaparkan lebih dari 30,000 ikan mas Jepun yang dikenali sebagai kingyo di lokasi tetapnya di Tokyo. Muzium ini dijangka akan menjadi lokasi Instagrammable terbaru dengan dekorasi dan persembahan langsung tarian tradisional Jepun.

art aquarium

art aquarium

Advertisement

Pameran dan F&B akan mengikut musim tetapi kawasan pameran tetap dianggarkan kira-kira tiga kali lebih besar daripada pameran sebelumnya. Akan terdapat kawasan baru yang disebut ‘Oiran Way’ diinspirasikan menggunakan lampu merah pada zaman Edo, serta ‘Forest of Kingyo’ yang menampilkan garis tiang yang dipenuhi ikan mas.

art aquarium

art aquarium

Karya seni lain termasuk ‘Super Oiran’, pelangi ikan besar yang dikelilingi oleh 17 akuarium, ‘Lotusrium’, akuarium teratai raksasa yang dipenuhi dengan ikan mas, dan ‘Ooku’ serangkaian pelangi ikan besar.

Art Aquarium telah beroperasi sebagai acara musim panas selama 14 tahun tetapi kini mengikuti jejak langkah teamLab untuk menjadi kekal. teamLab adalah kolektif seni antarabangsa yang merangkumi artis, pengaturcara, jurutera, animator, ahli matematik dan arkitek.

Kalau anda nak tahu macam mana suasana di dalam Art Aquarium ini, boleh tonton video di bawah.

Comments

comments