Atlet Israel Pijak Katil Di Olimpik Sampai Hancur

atlet israel pijak katil

Sukan Olimpik Tokyo menjadi salah satu acara yang mempunyai keunikan tersendiri apabila Jepun memutuskan untuk menggunakan barang kitar semula bagi menjayakan Olimpik tahun ini termasuklah pembuatan pingat dan katil yang dikitar semula.

Namun, muncul pula tindakan tidak bertanggungjawab daripada atlet Israel apabila mereka merosakkan katil kadbod itu untuk membuktikan sama ada katil itu kukuh atau tidak.

Dalam video yang tular itu, atlet pasukan besbol Israel, Ben Wenger serta lapan lagi rakannya bertindak ekstrim dengan melompat di atas katil tersebut menyebabkan ia rosak. Padahal, katil tersebut akan digunakan kembali oleh atlet Paralimpik yang bakal turun pada bulan depan.

Advertisement

“Ramai yang tanya tentang tempat tidur di Olimpik, jadi hari ini kita akan periksa dan lihat berapa ramai orang yang diperlukan untuk memecahkan tempat tidur kadbod ini”.

Wenger melalui video tersebut berkata bahawa katil tersebut mendapat banyak pertanyaan dalam kalangan atlet sama ada ia kukuh ataupun tidak dan mereka mahu menguji berapa banyak orang diperlukan untuk memecahkan katil tersebut.

Lompat bersendirian 

Pada awalnya, hanya seorang sahaja yang melompat di atas katil tersebut untuk menguji ketahanan katil. Ternyata ia masih lagi kukuh sehingga mereka menambah jumlah orang untuk melompat di atas katil itu.

Lompat beramai-ramai

Mereka mula berhenti melompat apabila didapati katil itu sudah mula pecah dengan sembilan orang yang melompat dengan serentak tanpa rasa bersalah.

Tindakan yang dilakukan oleh atlet Israel itu sudah pasti mendapat reaksi yang negatif daripada netizen yang menyifatkan perbuatan mereka seolah-olah tidak menghargai pemberian katil percuma itu.

atlet israel pijak katil atlet israel pijak katil

Patut kena banned 

Terdapat netizen mencadangkan supaya para atlet daripada Israel tidak perlu lagi dimasukkan ke dalam acara sukan di peringkat antarabangsa.

atlet israel pijak katil

Ada yang menyarankan supaya perbuatan seperti ini perlu dikenakan tindakan kerana sudah merosakkan fasiliti yang telah disediakan.

atlet israel pijak katil

Tindakan kesemua atlet itu nyata menimbulkan kurang senang dalam kalangan warganet dan ianya tidak sepatutnya dilakukan hanya untuk meraih perhatian.

SUMBERInsider

Comments