Atlet Judo Terima ‘Tamparan Semangat’ Daripada Jurulatih

atlet judo ditampar

Setiap atlet akan mempunyai cara tersendiri untuk menaikkan semangat mereka apatah lagi ketika berada dalam pertandingan yang cukup mendebarkan.

Pun begitu, cara yang diterima oleh seorang atlet Judo dari Jerman, Martyna Trajdos lain daripada yang lain apabila dia menerima satu ‘tamparan’ yang cukup kuat daripada jurulatihnya.

Satu video dikongsi olehnya di Instagram yang menunjukkan dia ditampar oleh jurulatih sebelum memulakan perlawanan dengan menentang atlet daripada Hungary untuk kategori wanita 63 kg.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Martyna Trajdos (@martyna_trajdos)

Advertisement

Jurulatih saya bertindak dengan betul

Menurutnya, tindakan yang dilakukan oleh jurulatih memang tepat memandangkan itu merupakan salah satu cara untuk menaikkan semangatnya sebelum bertanding.

“Jurulatih saya hanya buat apa yang saya mahu”

Video itu mendapat respon yang cukup hebat dalam kalangan warganet di TikTok apabila seorang pengguna memuat naik semula video berkenaan dan tidak menyangka apa yang dilakukan oleh jurulatih berkenaan.

@szmd2020

#olimpics #tokyo2020

? original sound – Zaa ? – Zaa ?

Ramai juga bersetuju apa yang dilakukan oleh jurulatih atlet wanita itu sebagai tanda untuk memberi semangat kepadanya sebelum masuk ke gelanggang.

atlet judo ditampar

Bukan itu saja, ada juga yang berkongsi pengalaman bahawa tindakan yang diterima oleh atlet judo sebelum memulakan pertandingan memang sering dilakukan untuk mereka yang bertanding dalam seni mempertahankan diri sebagai pembakar semangat

atlet judo ditampar

atlet judo ditampar

Sesiapa yang mengikuti pertempuran dalam sukan pasti memahami

atlet judo ditampar

Kalau dapat macam ni sebelum bertanding memang terus naik semangat sebab perasaan cemas dan takut tu dah mula hilang.

Dalam pada itu, dapat dilihat bahawa kontinjen dari Jerman amat mementingkan tentang keperluan atlet mereka untuk bertanding supaya lebih bersemangat dalam acara sukan yang mereka sertai.

Hal ini dapat dilihat juga apabila atlet gimnas dari negara yang sama mengenakan pakaian yang agak tertutup supaya mereka tetap fokus dan bersemangat ketika bertanding.

Apapun yang dilakukan demi menaikkan semangat dalam pertandingan, semoga ianya tidak mendatangkan mudarat mana-mana pihak.

SUMBERInstagram

Comments