Atlet Olimpik Tokyo Kongsi Keadaan Katil Diperbuat Daripada Kotak

katil atlet olimpik

Umum mengetahui negara Jepun memang terkenal dengan budaya mereka yang menjaga alam sekitar dan menghasilkan barang-barang ‘mesra alam’.

Pun begitu, penganjur Suka Olimpik Tokyo 2020 telah menyediakan beberapa fasiliti salah satunya ialah tempat tidur. Namun, apa yang lebih menarik perhatian ialah katil yang disediakan itu diperbuat daripada kotak. Wow, macam menarik!

Katil itu diperbuat daripada bahan dikitar semula dan menjadi tempat tidur pertama di temasya tersebut yang diperbuat sepenuhnya daripada bahan boleh dikitar. Kerajaan Jepun sangat mementingkan keselamatan bagi mengelak penularan Covid-19 dalam kalangan atlet.

Advertisement

Seorang atlet daripada Afrika Selatan, Brandon Valjajo terkejut apabila melihat katil untuk atlet Sukan Olimpik Tokyo 2020 diperbuat daripada kotak.

@brandonvaljalo

All the rumours are true… the bedframes are made 100% from cardboard ?? ?? ??

? Banana Boat (Day-O) – Harry Belafonte

Katil yang diperbuat daripada kotak itu dikatakan dibuat bertujuan untuk mengelakkan berlakunya hubungan seksual antara atlet dan ada yang mengatakan katil itu hanya mampu menampung satu orang saja pada satu masa.

Namun, dakwaan itu tidak tepat kerana seorang atlet gimnastik dari Ireland membuktikan yang katil tersebut mempunyai ketahanan yang kuat. Dia merakam satu video yang menunjukkan dia melompat di tempat tidur tersebut dan hasilnya katil itu tidak mengalami kerosakan.

Walau bagaimanapun, seorang atlet Australia, Sam Fricker memaklumkan menerusi akaun TikTok miliknya bahawa dia melihat seseorang telah mengambil katil itu dalam keadaan pecah dan menurutnya itu merupakan kejadian yang pertama kali berlaku di temasya tersebut.

@samfrickerr

Broken bed ! Will there be more ? Haha #meme #funny #cardboardbed

? Spongebob – Dante9k

Macam-macam pengalaman yang dikongsikan oleh atlet-atlet Sukan Olimpik Tokyo tentang katil ‘mesra alam’ yang disediakan oleh pihak penganjur. Jika dilihat, ketahanan katil itu bergantung kepada tahap penggunaan individu masing-masing.

Pihak penganjur menyediakan fasiliti sedemikian demi menjamin kebersihan persekitaran dan untuk mengelak daripada tersebarnya wabak Covid-19 sepanjang Sukan Olimpik berlangsung.

SUMBERTikTok

Comments