Atlet Wanita Patah Tangan Ketika Angkat 107KG Bebanan

6734

Seorang atlet angkat berat wanita melalui pengalaman ngeri apabila patah lengan kiri ketika melakukan cubaan kali ketiga mengangkat bebanan seberat 107 kilogram.

Ketika kejadian, Gaelle Nayo-Ketchanke, 30, sedang bersaing dalam kategori 76 kilogram mewakili negaranya Perancis pada Kejohanan Angkat Berat Eropah di Batumi, Georgia.

Lapor The Sun UK, Gaelle ketika itu sedang melakukan percubaan ketiga pada berat 107 kilogram apabila secara tiba-tiba lengan kirinya patah akibat tekanan.

Jeritan Gaelle dapat didengari dalam video yang disiarkan oleh Persekutuan Angkat Berat Eropah melalui siaran langsung.

Penonton tergamam melihat Gaelle yang pernah memenangi pingat perak pada kejohanan tahun lalu di Romania, terbaring menahan kesakitan sambal memegang lengannya.

Pasukan perubatan bergegas membantu Gaelle dan dia dikejarkan ke hospital untuk menjalani pembedahan selepas meninggalkan pentas angkat berat.

Menurut laporan perubatan, lengan Gaelle patah di beberapa tempat dan bahunya terkehel.

Gaelle dalam entri terbaru di Instagramnya memuat naik foto dirinya yang telah selamat menjalani rawatan dengan lengan dan sikunya berbalut.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kakitangan kejohanan dan rakan sepasukannya yang bertindak cepat dalam insiden berkenaan.

Saya keluar daripada Kejohanan Eropah ini dengan cara yang paling menarik, saya menerima banyak mesej sokongan dan ketika ini sedang menunggu penerbangan pulang ke Perancis untuk melakukan ujian lanjut.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan perubatan dan teknikal Persekutuan yang bertindak balas dengan cepat dan jurulatih serta rakan-rakan saya dari pasukan Perancis.

Biarpun gagal dalam cubaan mengangkat berat 107 kg, Gaelle berjaya memenangi pingat gangsa melalui percubaannya pada berat 103 kg.

Comments

comments