Australia Diserang Nyamuk Sebesar Duit Syiling, Pakar Beri Amaran Ada Potensi Untuk Wabak Penyakit Merebak

38368
nyamuk gajah

Australia sebelum ini menerima dugaaan terbesar mereka apabila mengalami kebakaran hutan paling teruk dalam sejarah negara itu. Kebakaran terburuk itu telah mengorbankan kira-kira 500 juta spesies haiwan yang menyebabkan penurunan pupusan haiwan di Australia.

Baca: Fakta Ringkas Tentang Kebakaran Hutan Di Australia Yang Telah Mengorbankan 500 Juta Haiwan

Baru-baru ini pula, pakar telah menemui spesies nyamuk gajah atau Toxorhynchites dengan saiz sebesar duit syiling 20 sen di Australia di kawasan berhampiran Gold Coast di Queensland. Peningkatan jumlah nyamuk gajah di Queensland ini juga dikatakan semakin meningkat dan akan menyebabkan penyebaran wabak penyakit menerusi virus Ross River.

Nyamuk spesies ini bersaiz lima kali ganda lebih besar daripada nyamuk biasa dan lebih gemar makan larva nyamuk lain daripada darah manusia.

nyamuk australia

Memandangkan jumlah spesies nyamuk gajah yang semakin meningkat, pihak berkuasa kini giat melakukan aktiviti semburan di kawasan yang terlibat. Salah seorang penduduk berkata keadaan sangat teruk sehinggakan mereka terpaksa berkurung di rumah sendiri seperti berada di dalam penjara.

Faktor perubahan cuaca dan banjir yang berlaku disyaki menjadi punca utama peningkatan nyamuk gajah ini. Sebelum ini kejadian yang sama pernah berlaku pada tahun 2015 yang menyebabkan seramai 700 orang mendapat jangkitan dan tidak dapat disembuhkan.

Selain Australia, Afrika juga kini menerima serangan haiwan apabila jutaan belalang gurun menyerang negara mereka. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Afrika Diserang Jutaan Belalang Gurun, Paling Teruk Dalam Tempoh 25 Tahun

Sumber

Comments

comments