Axiata Akhiri Rundingan Untuk Bergabung Dengan Telenor

849

Rundingan bagi penggabungan dua syarikat telekomunikasi mega Celcom dan juga Digi menerusi Axiata Group Berhad (Axiata) dan Telenor ASA (Telenor) akhirnya terbatal.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan perbincangan berhubung penggabungan tersebut selepas timbul beberapa kerumitan berkaitan aset telekomunikasi dan infrastruktur di Asia.

Menurut pihak kumpulan Axiata, sepanjang tempoh empat bulan yang lalu, Axiata dan Telenor sudah bekerja keras, sewajarnya menjalankan proses untuk memuktamadkan perjanjian pada suku ketiga tahun ini.

perjanjian axiata telenor

Dalam tempoh empat bulan yang lalu, kedua-dua pihak telah berusaha keras menjalankan usaha untuk memuktamadkan rundingan penggabungan dalam suku ketiga tahun 2019.

Disebabkan terdapat beberapa kerumitan yang berlaku dalam transaksi yang dicadangkan, semua pihak berkaitan dalam hal ini bersetuju untuk menamatkan rundingan penggabungan ini.

Bagaimanapun, Axiata dan Telenor tidak menolak kemungkinan pihak mereka akan meneruskan hasrat yang sama pada masa akan datang.

Sumber Berita : The Star

Comments

comments