Ayah Biarkan Anak Lari Atas Treadmill Dengan Kelajuan Tinggi

Budak Lelaki Lari Atas Treadmill

Tidak dinafikan, kita sering dikejutkan dengan khabar berita yang tidak berapa enak untuk didengari mengenai masalah kesihatan yang dialami oleh rakyat di Malaysia. Sebagai contoh, peningkatan kes-kes penyakit yang kritikal seperti sakit jantung, kanser, diabetes dan lain-lain penyakit yang berkaitan.

Selain itu, Malaysia kini dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius. Disebabkan itu, kita seharusnya mengetahui cara-cara menjalani kehidupan yang sihat agar diri kita terhindar daripada masalah kesihatan tersebut selagi kita mampu.

Kehidupan yang sihat, ceria, bahagia dan selamat sememangnya merupakan impian setiap manusia. Bagi mencapai impian tersebut, amalan cara hidup sihat merupakan langkah yang seharusnya dilakukan oleh setiap individu.

Advertisement

Tidak dinafikan, ramai sebenarnya yang sudah mula peka tentang perkara ini dan berusaha untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Ada sesetengah keluarga yang memang mengamalkan gaya hidup sihat, mereka siap mempunyai ruangan work out seperti gym di rumah. Antara peralatan yang sering ditemui adalah treadmillexercise bike dan lain-lain.

Seorang ayah selamba test anak ketika dia tertekan speed laju atas treadmill

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @dayah_noor yang memaparkan gelagat seorang budak lelaki tertekan butang kelajuan tinggi atas treadmill.

@dayah_noorCuba korang bygkan kalau anak kau tekan speed 10 tpi korang xde time ni..?? Xleh byang aku??? original sound – Dayah_noor

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang bersiap-siap memakai kasut bersebelahan dengan sebuah treadmill. Ketika itu juga, kelihatan anak lelakinya yang hanya memakai lampin sedang berlari di atas treadmill tersebut dengan kelajuan yang perlahan.

Apa yang membuatkan ramai penonton terhibur melihat perkongsian video tersebut adalah apabila budak lelaki itu dilihat tertekan kelajuan yang tinggi lalu mengakibatkan dia gelabah untuk berlari. Disebabkan itu, dia terus menjerit sambil berlari.

Lebih melucukan, si ayah ketika ingin menolong anaknya dilihat sangat bersahaja serta tidak terus mengangkat anaknya itu seperti ingin test kebolehan anaknya berlari di atas treadmill tersebut. Selepas beberapa saat baru si ayah mengangkat anaknya itu.

“Siapa tengok sambil gelak sorang-sorang kita geng”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 1.7 juta tontonan, 127.3 ribu tanda like dan 3.8 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat dua beranak tersebut.

Budak lelaki atas treadmill Budak lelaki atas treadmill Budak lelaki atas treadmill Budak lelaki atas treadmill Budak lelaki atas treadmill Budak lelaki atas treadmill Budak lelaki atas treadmill Budak lelaki atas treadmill Budak lelaki atas treadmill

Budak lelaki atas treadmill
Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang berseloroh mengatakan yang tindakan si ayah membiarkan sebentar daripada mengangkat terus anak lelakinya itu adalah untuk test top speed anaknya.

Apa-apa pun, kalau anda ada treadmill ini di rumah serta mempunyai anak kecil, pastikan anda sentiasa awasi anak-anak anda daripada berada di atas treadmill itu tanpa pengawasan sesiapa. Bukan apa, ia boleh jadi berbahaya tau.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERTikTok

Comments