Azizulhasni Awang Raih No.1 Ranking Dunia Dalam Acara Keirin

614

Api atlet Azizulhasni Awang ternyata masih membara dan buruan pingat emasnya masih lagi tidak berhenti. Sebentar tadi, lelaki itu telah meraih tempat pertama bagi ranking terkini dalam acara Men Elite Keirin.

Atlet hebat itu berjaya memenangi perlumbaan tersebut selepas bejaya memotong pelumba daripada Jepun iaitu Yudai Nitta yang berada di tempat pertama pada mulanya.

Disebabkan oleh rekod itu, “The Pocket Rocket Man” itu kini berjaya berada di tangga teratas dunia sebagai pelumba terbaik! Dia berjaya mengalahkan pesaingnya itu dengan perbezaan hanya 9 mata. Wow!

Nampaknya, semakin cerahlah harapan bagi Malaysia untuk merangkul satu pingat emas semasa Sukan Olimpik Tokyo 2020 nanti!

Tahniah sekali lagi untuk Azizulhasni Awang!

Comments

comments