‘Baby Shark’ Berwajah Manusia Ditemui Nelayan Undang Perhatian Umum

Tatkala melihat foto makhluk tersebut menerusi media sosial, ramai penduduk masih diasak kebingungan, lantaran tidak pernah melihat hidupan aneh ‘baby shark’ itu di mana-mana tempat sebelum ini.

Ini berikutan seorang nelayan di Indonesia yang digemparkan dengan penemuan seekor anak jerung mutasi yang kelihatan seakan wajah manusia. Macamana tu?

Makhluk aneh itu telah ditemui oleh Abdullah Nuren di Perairan Rote Ndao di timur Nusa Tenggara pada Ahad.

Nak dijadikan cerita, nelayan tersebut tidak sengaja menangkap seekor jerung yang ketika itu sedang beranak ketika keluar menangkap ikan.

Tetapi, jerung tersebut mati selepas tersangkut pada pukat. Aduh..

Advertisement

Menurut perkongsian pakar, makhluk yang unik itu mungkin disebabkan oleh keadaan yang jarang-jarang berlaku.

Ujar Abdullah, 48, dia menyedari tentang anak jerung itu selepas membelah perut ikan itu dan menemui sebanyak tiga ekor anak kesemuanya.

Yang peliknya, salah satu daripadanya mempunyai mata bulat yang besar dan dibawahnya terdapat hidung. Spesis manusia ke ni?

Jika dilihat dari mata kasar, rupanya kelihatan seperti wajah manusia apabila mulut jerung itu dibuka.

Pun begitu setelah dikaji, Dr David Shiffman yang merupakan seorang saintis penyelidikan di Marine Stewardship Council berkata keadaan unik makhluk itu disebababkan oleh kecacatan yang berlaku semasa beranak.

Ciptaan Tuhan yang menakjubkan ya. Pelik tetapi unik!

Sumber

Comments

comments

SOURCEMstar