Baju Melayu Dilengkapi Mantel Dikatakan Wujud Sejak Alam Melayu Lagi

2924

Macam-macamlah orang zaman sekarang dengan gaya baju Melayu yang terbaru dan pelbagai jenis gaya hingga berjaya menarik ramai netizen memberi komen-komen di laman sosial penjual.

Lagi-lagi pada minggu kedua berpuasa, makin banyak jenis fesyen baju Melayu di pasaran. Rajin-rajinlah lihat media sosial pasti banyak koleksi baju Melayu yang lain dari lain.

Pelakon Erry Putra juga sekarang semakin rancak dalam Instagram miliknya mempromosikan rekaan baju Melayu yang mempunyai keunikan tersendiri.

Jika anda semua lihat, baju melayu yang dijual olehnya dilengkapi mantel(cape) pada bahagian belakang yang boleh dipakai dan ditanggalkan mengikut citarasa masing-masing.

View this post on Instagram

Setiap benda yg diciptakan ada sebabnya..baju raya ni pun ada cerita ia..nk tau ke apa dan apa gunanya benda kat belakang tu haha..jgn ckp tu baju avengers sudah lah hahaha #sepu7ra

A post shared by IG Me & My Brother (Sepu7ra) (@errypu7ra) on

Menurut  Erry Putra, rekaan baju melayu yang dijualnya yang dilengkapi mantle itu sebenarnya memang wujud sejak zaman Melayu dahulu lagi.

Beliau turut menyenaraikan jenis-jenis baju warisan Melayu iaitu baju Melayu, baju Tekua, baju Layang, baju Sikap.

Bukan itu sahaha, kegunaan mantel itu boleh dijadikan sebagai sejadah, katanya.

Waa, rupa-rupanya Erry Putra ini pengkaji jenis-jenis baju Melayu dari alam Melayu lagilah. Patutlah dia menjual semua rekaan seperti ini.

Pasti ramai nak mengayakan baju Melayu yang dijual oleh Erry Putra.

Comments

comments