Bakal Jemaah Haji Wajib Mengambil Vaksin Covid-19 Tahun Ini

Kerajaan Arab Saudi mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 kepada jemaah haji pada tahun ini.

Menurut menteri kesihatan kerajaan tersebut, Dr Tawfiq Al-Rabiah, ianya merupakan syarat utama kepada jemaah yang ingin melakukan ibadah haji pada tahun ini demi mencegah penularan wabak Covid-19.

“Vaksin Covid-19 menjadi syarat utama haji bagi sesiapa yang ingin melakukan ibadah haji dan ianya wajib” 

Pada tahun 2020, kerajaan Arab Saudi telah mengurangkan kemasukan jemaah haji kepada 1,000 orang dan pada 17 Disember tahun lalu, kerajaan tersebut telah memulakan program vaksinasi Covid-19 dengan pengambilan vaksin keluaran Moderna, Pfizer dan AstraZeneca.

Advertisement

Sumber

SUMBERAwani

Comments