Bakar ‘Pizza Musang King’ Guna Dapur Kayu, Resipi Dua Beradik Ini Tarik Perhatian Ramai

piza musang king

Menjelang musin raja buah ini, sebiji durian jenis D197 atau lebih dikenali musang king ini pastinya sangat mahal. Bukan sekadar pada rasanya yang lemak berkrim, malah buah premium ini boleh dikatakan sangat eksklusif!

Idea kreatif Nur Hanani Ismail, 41, dan adiknya Ahmad Najib Ismail, 33, yang menghasilkan piza durian musang king, memberi peluang kepada peminat raja buah itu untuk menikmati isi durian tersebut bersama roti piza pada harga berpatutan.

Ujar wanita ini, kemanisan isi durian musang king yang digabungkan dengan rasa lemak-lemak masin keju, menjadi lebih enak apabila piza tersebut dibakar menggunakan dapur kayu, yang menghasilkan aroma asap.

“Menu piza durian musang king ini kami mulakan sejak tahun lepas, dan ia hanya dibuat pada musim durian.

Kita tahu musang king sangat mahal dan ramai yang tidak mampu membelinya. Jadi kami harap dengan adanya piza ini, pelanggan dapat juga merasai isi buah tersebut.

Selain menjadikan roti piza lebih lembut dan sedap, dapur kayu ini juga membuatkan tempoh membakar piza hanya antara satu hingga dua minit sahaja berbanding mesin ketuhar, iaitu selama enam hingga 10 minit.

piza musang king

Advertisement

“Saya memang sudah lama teringin untuk bakar piza dengan dapur kayu, dan pada penghujung tahun lepas saya ‘backpacking’ bersama rakan-rakan ke Dabong, Kelantan dengan kereta api, dan kami singgah di Jerantut, Pahang.

Nur Hanani berkata, sajian piza dapur kayunya menerima sambutan menggalakkan dan mampu terjual sehingga 250 keping sehari.

Ini juga merangkumi jualan piza durian musang king iaitu sehingga 30 keping sehari, yang dijual pada harga RM12 bagi saiz lapan inci (20.32 sentimeter) manakala RM20 bagi saiz 11 inci (27.94 sentimeter). Wow!

Mystreet Pizza Kitchen turut menyediakan menu piza seperti :

  • daging salai
  • piza ‘meatball’ (bebola daging)
  • dan piza keju yang dijual antara RM10 hingga RM20 mengikut jenis dan saiz.

SUMBER

Comments