Bali Tegas Dengan Lambakan ‘Backpackers’ Yang Tak Berduit

25026

Bila sebut pasal pergi bercuti pasti ramai di antara kita yang gemar malah menjadi hobi untuk melancong di dalam dan luar negara? Bila kita melancong, pasti akan hadir rasa teruja dan ingin tahu sesuatu. Itulah salah satu sebab kenapa kita perlu melancong.

Ramai yang pergi melancong dengan perasaan gembira, tidak ada siapa pun yang pergi dengan terpaksa. Siapa yang tidak mahu melancong kan?

Walaupun begitu, hanya sesetengah sahaja yang mampu pergi melawat dan mengenal budaya di negara orang. Namun seiring masa berjalan, ramai yang sudah mengaplikasikan kaedah melancong secara ‘backpacking’.

Mereka yang selalunya digelar ‘backpakers’ ini akan mengembara ke seluruh dunia dengan hanya membawa beg galas dan keperluan yang sangat minimum. Namun setelah lama isu ‘backpakers’ ini berlarutan, muncul persoalan tentang tingkahlaku golongan ini.

Memilih negara sedang membangun

Golongan ini memilih untuk ke negara-negara yang sedang membangun kerana kosnya yang murah. Tetapi lain jadinya apabila mereka menyusahkan penduduk asal di negara tersebut semasa ‘backpacking’ dengan meminta sedekah untuk menanggung kos perjalanan mereka.

Jika anda tidak mampu untuk mengembara ke negara lain, duduk sahaja di rumah dan kumpulkan duit agar tidak menyusahkan hidup orang.

Isu tingkah laku backpackers

Setelah lama isu ‘backpakers’ ini berlarutan, muncul pelbagai persoalan untuk tingkah laku mereka ini.

Ternyata pihak berkuasa di beberapa buah negara sudah muak dengan kelakuan mereka dan sekarang pegawai kastam di Pulau Bali, Indonesia telah menghantar ‘backpakers’ ini kedutaan mereka.

Kami telah menyaksikan banyak masalah melibatkan para pelancong dari luar negara akhir-akhir ini. Kebanyakkan dari ‘backpakers’ ini dari Australia, Eropah dan Rusia.

Kami akan melaporkan kes berkenaan kepada kedutaan supaya mereka dapat mengambil tindakan terhadap rakyat mereka yang sedang melancong di luar negara.

Gambar-gambar ini memaparkan tingkah laku segelintir daripada ‘backpakers’ yang mengambil kesempatan untuk melancong secara percuma. Tetapi konteks sebenar disebalik gambar masih tidak dapat dipastikan.

#1 Seorang pelancong sedang meminta sedekah untuk mengembara ke Thailand bersebelah dengan seorang wanita yang mengutip barangan terpakai.

 

#2 ‘Bagpacker’ di Hong Kong.

 

#3 Membuat pertunjukan berbahaya untuk mendapatkan wang.

#4 Namun apa yang membimbangkan masyarakat adalah ada pihak yang sengaja menipu dan mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang.

#5 Mereka berikan pelukan percuma sambil menutup mata dengan kain dan menyediakan satu kotak derma.

Kisah mengenai pelancong asing meminta sedekah dan sedang ‘busking’ di Kuala Lumpur bukanlah satu berita baik. Mereka lakukan seperti itu kerana memerlukan wang untuk menyambung pengembaraan di seluruh dunia.

Mereka sebenarnya tidak boleh melakukan perangai seperti ini di negara yang mereka lawati. Hargailah penduduk tempatan dan fikirkan faktor kewangan mencukupi ataupun tidak. Ingat! jangan sampai negara-negara ini mengetatkan proses untuk mengembara ke negara tersebut.

Diharapkan isu ‘backpackers’ ini ditangani. Mengembaralah melihat dunia dengan bertanggungjawab bukannya menyusahkan.

Apa pendapat anda tentang fenomena ini? Pernahkah anda mengembara dengan bajet yang cukup-cukup?

Sumber: boredpanda

Comments

comments