“Baliklah Acap, Mak Masak Asam Pedas” Luahan Ibu Buat Ramai Orang Sebak

Baru-baru ini, seorang pekerja Pembantu Makmal di sebuah klinik di Muar hilang ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di kawasan Gua Tempurung, Gopeng. Pencarian masih diteruskan hingga ke hari ini dan radius pencarian suda melengkapi kawasan Bukit Batu Putih dan Gua Tempurung.

Bagaimanapun, ibu mana yang tidak sedih atas berita ini. Ungkapan luahan seorang ibu yang rindukan anaknya itu membuatkan ramai yang sebak, “baliklah Acap, mak masak asam pedas”.

Menurut ibu Mohamad Ashraf, dia seorang yang rajin dan selalu menemaninya menjalani rawatan di hospital. Dia anak yang prihatin, ibunya berharap Ashraf akan ditemui dalam keadaan yang selamat.

Advertisement

Sementara itu, rakan mangsa berkata dia agak terkejut dengan berita yang dimaklumkan oleh isteri mangsa. Dia sangat mengenali Ashraf dan menyifatkan rakannya itu sangat suka dengan aktiviti lasak seperti ini bukan pertama kali disertainya.

Operasi masih diteruskan namun mengalami kesukaran untuk menjejaki mangsa kerana tiada tanda atau petunjuk ditemui untuk membolehkan kawasan pencarian itu diteruskan. Pihak penyelamat hanya menjumpai botol minumannya sahaja.

Pelari lain kongsi lokasi terakhir mereka melihat Ashraf menolong seseorang mengambil gambar di atas bukit.

Facebook Rasmi pengurus larian, Gopeng Ultra terbabit juga berkongsi keberadaan akhir Ashraf dan mengharapkan peserta yang lain juga turun sedar kehadiran mangsa.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan Gopeng Ultra ini mengatakan bahawa Acap ada menolong seorang pelari yang bernama Dewi untuk mengambil gambarnya di puncak. Selepas mengambil gambar tersebut, Dewi meneruskan larian.

Seorang lagi pelari, Marcel yang melepasi Dewi turun dari Bukit Batu Putih, namun dia tidak perasan keberadaan Ashraf.

Alasan mereka berkongsi maklumat ini adalah untuk para peserta mengingati atau mengenal pasti perjalanan di sepanjang sisi Ashraf. Mereka juga mengharapkan sokongan daripada orang kampung yang ada di sekitar situ.

Dalam pada itu, ada sebahagian pelari menceritakan pengalaman mereka berjumpa dengan Ashraf yang merupakan antara pelari paling laju.

Sumber: hmetro, Facebook Gopeng Ultra 

Comments