Bangga Berkongsi Video Memandu Secara Laju Dan Merbahaya

Satu rakaman video tular menunjukkan seorang lelaki sedang memandu dalam keadaan merbahaya dengan kelajuan 192km/j yang dilaporkan berlaku di Singapura. Video itu dirakam oleh penumpang wanita di sebelahnya, yang turut bersorak memberi dorongan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

“Cara terbaik untuk mengakhiri malam, saya beri dia 20/10”.

Video tersebut telah dikongsi oleh laman Facebook SG Road Vigilante – SGRV.

Tidak dapat dipastikan waktu dan lokasi tepat di mana kejadian itu berlaku namun ia jeas menunjukkan latar belakang di negara jiran Singapura. Turut kelihatan terdapat seorang lagi penumpang di tempat duduk belakang.

Sepanjang rakaman, wanita tersebut tertawa riang dan berbangga dengan situasi yang sedang berlaku. Dia kemudian menunjukkan secara jarak dekat pada dashboard, yang memnuktikan kelajuan pemanduan ketika itu 192km/j.

Menurutnya pemandu tersebut mempunyai ciri-ciri lelaki sebenar kerana berani untuk memandu selaju itu.

“Sekiranya lelaki anda tidak dapat melakukan ini, dia tidak layak menjadi lelaki anda”.

Di harap pihak berkuasa dapat menahan individu yang tidak bertanggungjawab ini denga segera. Perbuatan mereka boleh mengakibatkan kemalangan serta mendatangkan bahaya kepada orang lain.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments