‘Bangga Muat Naik Barang Curi’, Gadis Dikecam Ambil Cecair Sanitasi Di Hospital

Disebabkan penyebaran wabak COVID-19, ramai terpaksa mengambil langkah-langkah tertentu untuk mencegahnya dari merebak. Salah satu cara untuk mencegah COVID19 ialah dengan mencuci tangan menggunakan cecair sanitasi. Seorang doktor telah berkongsi cara mencuci tangan menggunakan cecair sanitasi dengan betul untuk memastikan virus dan bakteria benar-benar mati.


Namun begitu, terdapat seorang pengguna Twitter bagaimanapun memuat naik gambar dia memegang botol cecair sanitasi di hospital dan mengatakan ambil cecair sanitasi di hospital adalah percuma.

Ciapan gadis itu mendapat kecaman ramai kerana sebelum ini sememangnya ramai yang mencuri botol cecair sanitasi hospital dan ini menyebabkan hospital enggan meletakkan botol cecair sanitasi yang sering dicuri pelawat.

Advertisement

Sikap mementingkan diri sendiri seperti ini adalah sangat tidak perlu di saat negara sedang menghadapi wabak. Disebabkan perangai beberapa orang, kini pelawat yang datang ke hospital tidak dapat menggunakan kemudahan yang disediakan untuk mereka.

Tambahan pula ia mencuri dan satu kesalahan di sisi undang-undang dan agama. Sila pulangkan kerana ia bukan harta persendirian. – amazingnara.com

Comments

comments