Bank Disarankan Untuk Lanjutkan Tempoh Moratorium Sehingga Disember

moratorium bank

Semalam, Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) telah meminta kerajaan menimbang pelanjutan moratorium enam bulan yang diumumkan pada 25 Mac lepas sehingga Disember tahun ini. Sebelum ini, tempoh moratorium diberikan selama enam bulan bermula 1 April yang lalu.

Baca: Bank Negara Malaysia Benarkan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Selama Enam Bulan

Presidennya Datuk Dr Marimuthu Nadason berkata ini kerana ada anggota masyarakat yang akan menghadapi kesukaran untuk kembali kepada kehidupan sebelum wabak COVID-19. Ini terutamanya bagi mereka yang kehilangan pekerjaan serta perlu mencari kerja baru.

“Selain daripada mencari pekerjaan yang baru, pada masa sama mereka terpaksa melunaskan kesemua hutang terakru sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).”¬†

moratorium
Gambar hiasan

Sekiranya kerajaan bersedia menambah tiga bulan lagi kepada moratorium asal, beliau berharap ini dapat membantu mereka yang terjejas untuk dapat kembali ke pasaran pekerjaan. Untuk makluman, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan penangguhan pembayaran balik pinjaman, penstrukturan semula baki kad kredit dan pinjaman perniagaan selama enam bulan susulan penularan wabak COVID-19.

Penangguhan pembayaran balik pembiayaan itu melibatkan jumlah sekurang-kurangnya RM100 bilion dengan bank tempatan menawarkan penangguhan sehingga enam bulan kepada peminjam individu serta perusahaan kecil dan sederhana bermula 1 April.

Artikel berkaitan: BNM Kesal Timbulnya Kekeliruan Susulan Perubahan Prosedur Moratorium

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments