Bank Negara Malaysia Benarkan Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Selama Enam Bulan

bank negara malaysia

Di dalam kemelut penularan wabak COVID-19 kini, ramai yang mula bimbang dengan komitmen hidup yang perlu dilunaskan pada setiap bulan. Keadaan ini bukan sahaja memberi impak kepada para peniaga yang bimbang tentang peniagaan mereka malah setiap individu turut merasakan kesannya.

Baca: 7 Langkah Berjaga-Jaga Untuk Peniaga Kecil Dan Sederhana Yang ‘Terduduk’ Akibat COVID-19

Memahami kesukaran yang dihadapi rakyat Malaysia kini, Bank Negara Malaysia (BNM) bersetuju untuk membenarkan penangguhan bayaran balik pinjaman sedia ada selama tempoh enam bulan. Ini termasuklah gadai janji dan sewa beli kepada individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

ringgit malaysia
Gambar sekadar hiasan

Ini merupakan langkah yang diambil oleh Bank Negara Malaysia bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia yang kini berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan. Di dalam makluman yang diberitahu oleh BNM itu, moratorium automatik ini akan berkuat kuasa mulai 1 April ini.

Bagi tempoh enam bulan ini juga, tidak akan ada sebarang faedah bakal dikenakan kepada peminjam yang mempunyai rekod baik dalam pinjaman sepanjang 90 hari. Difahamkan lagi, penangguhan ini tidak tertakluk untuk pinjaman kad kredit.

Sementara itu, bagi pemegang kad kredit dengan baki yang belum dijelaskan, BNM berkata pelanggan perlu ditawarkan pilihan untuk menukar baki tertunggak kepada pinjaman jangka masa tidak melebihi tiga tahun. Sebelum ini, Perdana Menteri ada mengumumkan empat bantuan dari kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia menghadapi COVID-19.

Artikel berkaitan: (TERKINI) Perdana Menteri Umumkan Bantuan Untuk Meringankan Beban Rakyat Hadapi COVID-19

Sumber

Comments

comments