Bantu Golongan Memerlukan Dengan Pakej Bakul Makanan Ini, Beli ‘Online’ Je

Kempen bantuan bendera putih

Baru-baru ini, tular hebahan berita yang menyarankan individu atau keluarga yang kurang berkemampuan untuk mengibarkan bendera putih sebagai inisiatif bantuan segera.

Cadangan ini disambut baik oleh ramai pihak dan dilihat sebagai tindakan yang berkesan untuk orang sekeliling turut saling membantu.

Selain bantuan secara bersemuka, korang tahu tak aplikasi Shopee juga ada menawarkan pakej bantuan makanan yang boleh terus dihantar kepada orang yang hendak dibantu.

Individu ini ada berkongsi cara mudah untuk melakukan pembelian, jom kita ambil tahu.

@abang_nazAnda hang perlukan alamat, no telefon, dan nama penerima sahaja. Nak buat suprise pun boleh. #tiktokguru #learnontiktok #jombelajar

? Thousand Years – Valeriya Zahonyayeva

Secara ringkasnya, korang hanya perlu search 3 keyword ini, pilihlah mengikut kesesuaian korang ya.

  1.  Bakul makanan
  2.  Box makanan
  3.  Barang keperluan dapur

Korang hanya perlu minta maklumat asas seperti nama, alamat dan nombor telefon penerima sahaja untuk hantar bantuan tersebut.

Cara ini bukan sahaja memudahkan orang ramai untuk menyampaikan bantuan, malah boleh juga mengelakkan risiko jangkitan. Betul tak?

Advertisement

Apa lagi, kalau korang mampu, jom sama-sama kita bersedekah pada mereka yang memerlukan. Kita jaga kita ya.

SUMBER

Comments