Bantuan Keperluan Makanan Dipercayai Dibuang Ke Tong Sampah

bantuan makanan

Seorang peniaga menemui beberapa keperluan makanan yang belum dibuka bertaburan berhampiran tong sampah di Pekan Rawang beberapa hari lalu.

Menerusi laporan Sinar Harian, Chua Wei Kiat selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang berkata pihaknya yakin bahawa kesemua makanan tersebut ialah barangan dapur yang disumbangkan kepada golongan yang memerlukan pada ketika ini.

“Ini amat mengecewakan. Jangan terima apa-apa sumbangan jika anda berkemampuan supaya bantuan ini dapat disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlaku pembaziran.”

Beberapa kepingan foto itu dikongsi oleh pengguna Facebook yang menunjukkan keadaan bekalan makanan yang terbiar di tong sampah.

bantuan makanan dibuang
Sumber : Facebook
bantuan makanan dibuang
Sumber : Facebook
bantuan makanan dibuang
Sumber : Facebook

Diharapkan kejadian seperti ini tidak menjejaskan keyakinan para penyumbang untuk melakukan kerja-kerja amal dan beliau berharap kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.

Advertisement

Sumber

SUMBERSinar Harian

Comments