Bantuan Sara Hidup Fasa Ketiga Akan Diterima Mulai Jumaat Ini

Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 Fasa Ketiga akan disampaikan kepada 4.28 juta penerima mulai Jumaat ini. Bayaran itu dilaporkan melibatkan 3.75 juta isi rumah serta 53,000 bujang berumur 40 hingga 59 tahun.

Kementerian Kewangan menyatakan bayaran bagi fasa ini membabitkan peruntukan sebanyak RM3 bilion

Kadar BSH yang akan diterima juga meliputi 3.8 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah.

Bagi permohonan baharu BSH yang layak tetapi masih belum menerima bayaran Fasa 1 dan 2, bayaran berkenaan akan dibuat secara sekaligus dalam pembayaran Fasa 3 mengikut nilai kelayakannya. Mereka turut akan menerima kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak berumur 18 tahun ke bawah.

Advertisement

Permohonan Rayuan BSH 2020 boleh dibuat secara dalam talian di portal BSH atau pemohon boleh hadir di mana-mana cawangan yang berkaitan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments