Bapa Bunuh Bayi 8 Bulan, Mayat Dilumur Garam Dan ‘Disumbat’ Ke Dalam Guni

Selepas tindakannya membunuh anak berusia lapan bulan di Kampung Sungai Dua, Bachok, Kelantan tempoh hari, suspek khabarnya mempunyai kaitan dengan ajaran sesat.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, teori berkenaan dibuat berdasarkan cara bayi lelaki itu dibunuh apabila seluruh badan mangsa difahamkan dilumur garam serta halusinasi yang dialami suspek.

Dedahnya lagi, suspek juga dikatakan tidak bercakap sewaktu diambil keterangan.

Advertisement

“Sebaliknya suspek hanya berzikir dan mendakwa dia mendengar suara malaikat sebelum membunuh anaknya,”

Tidak ketinggalan, isterinya juga turut ditahan bagi membantu siasatan. Namun, wanita itu dikatakan masih dirawat di hospital kerana keadaannya kini masih trauma, malah ujian air kencing juga dilaporkan negatif.

Jelasnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya masih menunggu keputusan laporan kimia sama ada suspek mempunyai masalah mental atau tidak.

Terdahulu, seorang bayi lelaki berusia lapan bulan ditemui mati dipercayai dibunuh bapa kandungnya sendiri menggunakan objek tumpul dan dilumur garam serta disumbat ke dalam guni.

Sumber: Harian Metro

Comments

comments