Bapa Dan Anak Bawa Karakter Unik Setiap Kali Buang Sampah Buat Netizen Terhibur

Gambar hiasan

Golongan kanak-kanak pada masa ini pasti berasa sangat bosan memandangkan sekolah telah ditutup berikutan penularan COVID-19. Oleh kerana tidak mahu anaknya berasa bosan semasa lockdown, seorang bapa telah memakai kostum pelbagai karakter terkenal bersama-sama anaknya hanya untuk membuang sampah.

Untuk tidak terlepas kenangan bersama anaknya ini, si bapa yang lebih dikenali sebagai James telah berkongsikan rakaman pengembaraan mereka di Instagram sehingga berjaya meraih ribuan tanda suka.

Perkara ini telah menjadi rutin harian mereka sepanjang perintah berkurung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jaime (@jimu25702) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jaime (@jimu25702) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jaime (@jimu25702) on

Difahamkan, pada mulanya hanya si ayah sahaja yang akan mengenakan kostum seperti robot dan mumia ketika membuang sampah. Tetapi tidak lama kemudian, anak perempuannya juga mula menemaninya dan ketika itulah keduanya menjadi viral.

Selain memakai kostum karakter filem Frozen, mereka juga dikatakan pernah dilihat membawa pelbagai watak lain seperti Spider-man, Dragon Ball Z, Batman, maskot robot dan pelbagai lagi.

Turut dijelaskan, karakter sedemikian yang dipilih merupakan simbolik adiwira yang sering melawan musuh jahat. Kini mereka mahu melawan musuh seluruh dunia ketika ini iaitu COVID-19 yang telah meragut banyak nyawa manusia di seluruh dunia.

Apa pendapat anda tentang duo kali ini?

Sumber

Comments

comments