Bapa Surya Sedia Maafkan Keluarga Suspek Yang Didakwa Bunuh Anaknya

Biarpun diduga dengan kehilangan insan tersayang, namun bapa kepada mangsa pembunuhan kejam, Allahyarham Siti Nur Surya, iaitu Ismail Muda kini terbuka untuk memaafkan keluarga remaja perempuan yang didakwa membunuh anaknya.

Tinggi nilai kesabaran, Ismail mendedahkan segala yang berlaku merupakan ketentuan daripada Illahi.

“Kalau dia (keluarga suspek) datang kita terima, kita tak halau orang datang mintak maaf. Walau marah dan kecewa sekali pun dengan perbuatan anaknya, saya tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana kejadian sudah berlaku,”

Dalam pada itu, Ismail juga khabarnya sentiasa menunggu kedatangan keluarga remaja perempuan berkenaan untuk memohon maaf bagi pihak anak mereka.

Advertisement
Kredit- Harian Metro

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila ibu kepada suspek menyatakan kepercayaan bahawa anaknya yang juga kenalan mangsa tidak bersalah dalam kejadian ngeri tersebut.

Untuk rekod, kisah pembunuhan Nur Surya telah mengejutkan orang ramai apabila beliau ditemui tertiarap di ruang tamu rumah dengan berlumuran darah dan putus pergelangan tangan oleh adiknya ketika pulang dari sekolah.

Sumber: Harian Metro

Comments

comments