Baru Beberapa Hari Dibuka Secara Rasmi, Saloma Link Dikotori Dengan Kesan Minuman Dibawa Pengunjung

3389
saloma link

Tarikan terbaru di bandar Kuala Lumpur iaitu Pintasan Saloma ataupun Saloma Link menjadi tumpuan ramai sejak pembukaannya pada 6 Februari yang lalu. Ramai yang cukup teruja untuk melihat sendiri jambatan yang mengambil masa 18 bulan untuk dibina ini.

Baca: Saloma Link Jambatan Ikonik Yang Cantik Dan Unik, Tarikan Memukau Terbaru Kuala Lumpur.

Tetapi cukup menghampakan apabila ada yang kongsikan gambar jejantas ikonik itu yang telah dicemari sejak dibuka kepada pengunjung. Ini bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini juga, setiap kali tempat baru dibuka di Malaysia pasti ada sahaja yang akan mencemarkannya.

Jejantas yang menghubungkan KLCC dan Kampung Baru itu telah dikotori oleh kesan minuman yang dibawa pengunjung. Beberapa gambar turut dikongsikan tentang keadaan jejantas ikonik itu kini yang berbeza dari sebelum pembukaan.

saloma link
Sumber
saloma link
Sumber

Rata-rata netizen tidak berpuas hati melihat sikap segelintir rakyat Malaysia yang tidak tahu menghargai kemudahan yang ada. Sepatutnya kemudahan yang diberikan ini sama-sama dijaga oleh setiap pengunjung dan bukan hanya berharap pada pihak berkuasa untuk mengawal.

Saloma Link adalah projek jambatan pejalan kaki sepanjang 370 meter yang menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 berhampiran stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma yang terletak di sebuah jalan kecil di tepi bangunan Menara Public Bank, tidak jauh dari KLCC.

Selain daripada menghubungkan Kampung Baru dan KLCC, jejantas ini juga menjadi ‘port’ baru untuk pengunjung mengambil gambar kerana dilengkapi 4,100 unit lampu LED akan bertukar pelbagai warna setiap malam dan mengikut beberapa tema termasuklah untuk musim perayaan.

saloma link

saloma link

saloma link

Artikel berkaitan: “Mentaliti Kelas Ketiga”, Taman Tasik Titiwangsa Dicemari Dengan Lampin Terpakai Dan Najis

Comments

comments