Baru Berusia 7 Tahun Sudah Pandai Buat Algebra Matematik, Ibu Ini Kongsi Tips Didik Anak Sejak Usia 3 Bulan

778
kanak-kanak bijak

Siapa sangka seawal usia tiga bulan, si ibu sudah mula memperkenalkan flash card kepada anaknya sebagai teknik pembelajaran. Hasilnya, anaknya yang kini sudah berusia 7 tahun mampu membuat Algebra, persamaan kuadratik dan kimia!

Kanak-kanak dikenali sebagai Alexander Akil ini sudah maju beberapa langkah ke hadapan daripada rakan sebayanya dan ini semua adalah hasil didikan ibu bapanya sendiri sejak kecil lagi. Nurul Shazalina berkongsikan bagaimana mereka mula mendidik anaknya untuk gemar belajar.

Buat sudoku

alexander akil

Masa mengandungkan Akil dulu, hampir setiap hari saya buat sudoku. Dan saya banyak membaca bahan ilmiah sebab di awal PHD dulu, banyak baca tentang parasit dan HIV. Lepas Akil lahir, umur 3 bulan je saya dah mula introduce flash card. Hampir setiap hari, saya konsisten. Tapi sekejap sangat-sangat saya guna flash card tu.

Dalam seminit dua je. Tu pun biasanya lepas dia mandi, nampak dia bertenang. Sepanjang tunjuk flash card tu, Akil tak ada respon suara. Dia banyak tengok je. Tapi saya tahu dia fokus. Saya guna flash card ABC dan 123 je pun. Lepas setahun, rupanya semua yang saya tunjuk sebelum ni, dia dah kenal. Bukan sekadar hafal, tapi kenal.

Kenalkan pada buku

Umur 6 bulan saya dah mula introduce buku, tapi yang sesuai lah. Bukan ajar dia baca. Tapi bagi dia biasa dgn buku. Ke mana sahaja, saya akan bagi dia pegang buku. Macam itulah mainan dia.

alexander akil

alexander akil

Hasilnya, sampai sekarang dia mesra buku. Ditambah pula di rumah saya mmg sangat banyak buku. Sehingga ada ruang mini library untuk Akil. Okay lepas dia dah tahu abc, 123, saya tak ajar Akil secara serius pun. Tapi saya guna method fun learning.

Kebanyakan buku semuanya interaktif. Tekan-tekan, sentuh, pusing-pusing, gerak-gerak, bunyi-bunyi. So, dia tak bosan dan jadi sangat suka. Dan saya banyak travel naik kereta dulu. Sepanjang dalam kereta saya berborak dengan Akil. Tunjuk papan-papan tanda, huruf-huruf di dalam shopping mall, nombor pada lif, nombor plat kereta, nombor plat motor.

Belajar matematik

Umur 2 tahun lebih, saya ajar suku kata. Sambil dalam kereta je. Sebab dia dah faham huruf dan bunyi huruf, saya ajar gabungkan bunyi huruf je. Sekejap je dia faham, terus dia boleh eja sendiri suku-suku kata Tak masuk 3 tahun lagi, ikutkan akil dah boleh membaca asas.

alexander akil

Lepas tu saya perasan Akil very fast learner. Saya pun mula ajar Akil matematik. Ajar tambah guna mainan-mainan dia. Saya ingat mula-mula ajar guna buah oren. 1+1 dan seterusnya.

Kemudian saya guna apps dlm tab. Tapi mesti ada orang teman. Sifir umur 3 tahun lebih dah mula introduce. Mula dgn sifir 5. Saya ajar gandaan 5. Sebab dia dah fasih tambah tolak dengan congak laju, maka gandaan sangat senang bagi dia.

Sifir 5 on the spot dia boleh buat. So bermula lah perjalanan sifir. Dia sangat addicted dengan sifir masa tu. Kadang-kadang duduk tepi almari, ingatkan buat apa, rupanya hafal sifir. Lepas tu, saya ajar pecahan guna puzzle. Sangat senang faham.

Tak pasang TV

Setakat ni Akil tengok video-video ilmiah sahaja. Dia tak tengok kartun-kartun sangat. Dan dulu kami tak pasang tv. Sekarang ada pun, kami tak ada channel. Hanya boleh pasang benda berilmiah sahaja. Mungkin ini semua sedikit sebanyak membantu Akil jadi fast learner. Dan sudah tentu semuanya kurniaan Allah.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak Malaysia diiktiraf sebagai ahli termuda dalam Persatuan IQ Tertinggi Dunia pada usia 4 tahun. Antara rutin hariannya ialah membaca dua buah buku dalam sehari. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Membaca Dua Buah Buku Sehari Sejak Usia Dua Tahun, Kanak-Kanak Ini Muncul Ahli Termuda Persatuan IQ Tinggi Dunia

Comments

comments