Baru ‘Jalan’ 10km, Bidaan Nissan Skyline GT-R R34 V-Spec II Nur Bermula Dari RM1.87juta

Bagi peminat-peminat kereta dekat luar sana tu, mesti korang kenal dengan sebuah kereta yang sudah berpuluh tahun dikeluarkan dari Japan iaitu Nissan Skyline GTR R34, betul tak? Pergh! Idaman betul.

Menurut laporan Careta, Yahoo Auction telah membuka bidaan bagi sebuah Nissan Skyline GT-R R34 yang didatangkan dalam spesifikasi V-Spec II Nur yang masih belum didaftarkan dengan jarak perbatuan 10km sahaja. Pergh! Kereta yang dah berpuluh tahun dikeluarkan tapi dengan kondisi baru.

Advertisement

Jentera ini didatangkan dengan enjin RB26DETT yang juga mempunyai penambahbaikan dari model biasa iaitu pada engkol yang lebih seimbang, saluran air dan udara yang lebih baik, omboh yang dinaiktaraf, unit pengecas turbo baharu dan aci sesondol yang dinaiktaraf.

Nissan Skyline GT-R R34 V-Spec II Nur ini juga merupakan satu daripada 159 unit dengan warna putih sebelum ianya tidak dikeluarkan lagi. Ia juga merupakan 1 daripada 718 unit dengan model V-Spec II Nur pernah dihasilkan. Memang rare siapa yang pakai ni.

Dah sedia nak dengar harga dia? Untuk pengetahuan, harga bidaan bermula dari 50,000,000 yen bersamaan RM1.87juta. Itu baru permulaan, taktahulah mereka-mereka dekat luar sana tu bida berapa kan? Apapun, memang cantik dan powerful kereta ni.

Sanggup tak sanggup? Mampu tengok jelah kita ni..

Sumber

Comments