Baru Pulang Dari Gaza, Ebit Lew Kini Salur Bantuan Barang Dapur Seluruh Malaysia Pula

Ustaz Ebit Lew salur bantuan

Nama Ustaz Ebit Lew sudah tidak asing lagi didengar. Kian hari, namanya sering kali meniti di bibir masyarakat kerana sifatnya yang sangat peka dengan golongan yang memerlukan.

Malah, beliau juga sering menjadi ‘Hero’ yang terawal, tampil menyediakan segala keperluan masyarakat di kala pandemik yang terkesan ini.

Seperti yang korang tahu, semalam Ustaz Ebit Lew telah tiba di Malaysia selepas menyelesaikan misinya membantu rakyat di Gaza.

Hari ini, beliau terus menggerakkan misi bantuan barangan dapur kepada seluruh Malaysia pula. Perkara itu telah disampaikan dalam perkongsian beliau di laman Facebook.

Dalam perkongsian beliau, Ustaz Ebit Lew turut menyatakan bantuan barang dapur ini terbuka kepada seluruh Malaysia dan insan yang benar-benar memerlukan.

“Bantuan diberikan tanpa mengira bangsa atau agama. Kita semua sebuah keluarga. Team Kasih Umat di Seluruh Malaysia akan membantu. Esok mereka hantar setakat yang mampu”

Dibawah ini merupakan nombor telefon yang boleh dihubungi :

Advertisement
Lokasi & No Telefon
1. Kota Kinabalu,Sabah : 01121820646
2. Seberang Perai Utara,Penang : 0184636181
3. Semporna,Sabah : 01159023120
4. Bintulu,Sarawak : 0164035460
5. Senawang,Negeri Sembilan : 0173164974
6. Bandar Kuantan,Pahang : 01161096263
7. Kudat,Sabah : 0169771243
8. Pasir Mas,Kelantan : 0179478716
9. Sungai Petani,Kedah : 01127226330
10. Ipoh,Perak : 01151523766
11. Kunak,Sabah : 0166033149
12. Pasir Gudang JB : 0107068364
13. Kuala Terengganu : 01120507611
14. Melaka Tengah : 01139900575

15. Kuala Lumpur,Selangor : 0176296906

Mulia sungguh hati Ustaz Ebit Lew. Semoga perkongsian ini dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik. Kita jaga kita.

SUMBER

Comments