Sembuh Dari Jangkitan COVID-19, Seorang Doktor Dikurung Oleh Jiran Tetangganya

perintah berkurung India

Seorang doktor wanita di New Delhi menghadapi saat buruk dalam hidupnya apabila telah diherdik, diugut dan dihina akibat dia terkena jangkitan COVID-19. Malah doktor tersebut turut dikurung di dalam rumahnya oleh jiran tetangga.

Doktor berkenaan dijangkiti virus COVID-19 ketika merawat pesakit positif COVID-19 di sebuah hospital kerajaan. Setelah menjalani rawatan dan disahkan sembuh, dia dibenarkan keluar wad dan menjalani kuarantin di dalam rumahnya di Vasant Kunj.

pintu
Sumber

Namun, jiran yang berada dekat di kawasan perumahan doktor tersebut bimbang sekiranya mereka pula bakal dijangkiti COVID-19. Keadaan doktor wanita itu tidak disenangi oleh penduduk kawasannya.

Berdasarkan laporan polis yang diterima, jirannya yang dikenali sebagai Manish, telah bertindak keterlaluan dengsn mengurung doktor wanita itu sebaik sahaja pulang dari hospital.

Advertisement

Di India, petugas perubatan professional mengalami dikskriminasi hebat daripada masyarakat akibat penularan wabak COVID-19. Sehinggakan ada yang takut untuk mendekati mereka ini.

petugas perubatan

Tidak hairan mengapa golongan petugas perubatan tidak menerima penghargaan daripada rakyat negara sendiri meskipun telah berjuang untuk membendung penularan penyakit ini.

Kerajaan India telah mengenakan perintah berkurung sejak 25 Mac lepas. Bagaimanapun, angka kes di negara tersebut tidak menunjukkan sebarang penurunan malah meningkat dengan ketara.

wanita India
Sumber

Semalam. Perdana Menteri India, Narendra Modi baru sahaja mengumumkan lanjutan perintah berkurung di India sehingga 31 Mei ini. Secara puratanya, India telah menjalankan perintah berkurung terhadap 1.3 bilion penduduk selama lebih dua bulan.

Beberapa sektor akan diberikan kebenaran untuk kembali beroperasi untuk mengurangkan kemelut ekonomi akibat wabak COVID-19. Sejak akhir Mac lalu, pelaksanaan perintah berkuurng telah memberi kesan yang teruk terhadap golongan miskin di samping jutaan penduduk kehilangan pekerjaan.

petugas perubatan

Pelanjutan perintah berkurung untuk kali ketiga ini dilakukan setelah India menyaksikan lonjakan kes sehari sebanyak 4,987 dalam tempoh 24 jam. Angka ini sekali gus menjadikan jumlah kes jangkitan mencecah 90,927 dan 2,872 kes korban setakat ini.

Sumber

Comments

comments