Bayi 5 Hari Maut Dipangku Ibu, Sebab Tak Pakai ‘Car Seat’

2961

Walaupun anak menangis dan meraung sekuat hati di dalam ‘car seat’, sebagai ibu bapa pasti anda akan berasa kesian dan mengeluarkan mereka. Biarlah anak menangis dan meraung sekarang daripada kita menyesal di kemudian hari.

Seorang lelaki mengalir air mata dari lokasi sampai ke Ipoh, Perak setelah melihat bayi yang berusia 5 hari meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan kereta dipangku ibunya.

Kisah ini telah dikongsikan oleh Amirul Azuan dalam akaun Facebooknya.

Amirul berkata, beliau jarang berhenti untuk melihat kemalangan yang terjadi. Apa yang membuatkan beliau untuk berhenti kerana ternampak bayi di bahagian penumpang.

Menurutnya, bayi tersebut sudah tidak sedarkan diri dan bibirnya sudah bertukar warna biru ketika beliau menghampiri bapanya.

Bila sampai, aku tanya ayah baby tu. Baby okey tak? Dia cakap baby tak sedar. Aku mintak izin nak check baby itu. Bibir dah biru. Terus bukak helmet mintak izin nak cpr.

Amirul menceritakan ketika beliau lalu, kemalangan tersebut baru terjadi dalam 5 minit sahaja.

Dua minit awal, beliau telah berikan bantuan pernafasan dan ada perubahan pada bahagian muka bertukar kepada merah. Tetapi, tiada tanda-tanda yang menunjukkan bayi itu dapat meneruskan hidup.

Aku terus cpr lagi, then baby itu muntah. Sama jugak masih tidak bernafas. Dah clearkan ruang udara.

Allahu, lagi sedih bila ayah dia mintak aku sedarkan anak dia. Aku tak kuat nak hadap. Aku toleh belakang ada brader tu mintak nak sambung cpr. Aku terduduk dekat tepi divider tu.

Dalam kemalangan ini, bapa kepada bayi ini tidak mengalami cedera. Manakala ibunya pula cedera pada bahagian mulut kerana airbag.

Baby itu baru umur 5 hari. Dah nak sampai rumah nenek dia dah pun. Tetapi ajal dia sampai dulu.

Beliau menasihatkan agar sesiapa yang mempunyai bayi untuk menggunakan carseat.

Siapa yang ada baby tu tolong lah letak dalam ‘carseat’.
Kalau tak mampu jangan duduk depan. Duduk belakang pakai seatbelt. Yes, airbag itu selamatkan nyawa mak dia. But not the baby!

Tenanglah baby Inara di syurga. Uncle mintak maaf, uncle dah try semampu yang boleh. Tetapi Allah lebih sayangkan Inara.

Semoga kejadian seperti ini dapat memberi pengajaran kepada ibu bapa di luar sana agar menggunakan carseat untuk bayi anda. Ingat! Lindungilah orang tersayang.

Comments

comments