Bayi 7 Bulan Hidup Sebatang Kara Di Hospital, Tiada Kaum Keluarga Yang Datang Menziarah

16299

Baru-baru ini perkongsian dari seorang pengguna Facebook mengenai kisah bayi berusia 7 bulan yang hidup sebatang kara di sebuah hospital telah mendapat perhatian ramai.

Bayi tersebut yang dikatakan tinggal di sebuah hospital yang dirahsiakan namanya di Kuala Lumpur, tidak dijaga atau diziarah oleh kaum keluarga. Ibu kepada bayi tersebut dipercayai berada dalam keadaan yang tidak waras kerana suaminya yang curang bersama wanita lain.

Lumrah seorang bayi pastinya inginkan kasih sayang dan belaian terutamanya daripada ibunya sendiri. Malangnya, bayi ini tidak dapat merasai kasih sayang seperti bayi yang lain.

Yang menyedihkan, bayi ini dikatakan sering menangis mencari ibunya dan kadang kala terlena sendiri selepas penat menangis.

Walaubagaimanapun, bayi ini berada dalam jagaan yang baik oleh pihak hospital selain turut dipantau oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Biarpun ada yang berniat ingin menjadikan bayi tersebut sebagai anak angkat namun perkara itu tidak dibenarkan kerana bayi ini masih di dalam hak jagaan ibu bapanya.

“Kemungkinan apabila ibunya sihat, bayi itu akan dikembalikan semula kepada ibunya. Orang ramai tidak dibenarkan melawatnya kerana diletakkan di wad pengasingan hanya ibu bapa sahaja dibenarkan masuk.”

Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk bayi ini dan keluarganya. Semoga mereka terus diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan.

Sumber: Utusan online

Comments

comments