Bazar Ramadan Mungkin Dibenarkan Beroperasi Tahun Ini – Datuk Zuraida

Bazar ramadan dijangka buka tahun ini

Khabarnya, Bazar Ramadan berkemungkinan dibenarkan beroperasi pada tahun ini. Kenyataan ini telah diberitahu oleh  Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Pun begitu, Zuraida berkata kementeriannya akan membincangkan perkara tersebut dengan pihak-pihak yang berkenaan terlebih dahulu, termasuk Majlis Keselamatan Nasional (MKN).

“Jika kita boleh membuka pasar basah dan pasar malam, saya tidak melihat mengapa kita tidak dapat membuka bazar Ramadan.

Bazar ramadan
Gambar Hiasan

“Namun, kita harus meneliti prosedur operasi standard (SOP) yang efisien dan bersesuaian untuk bazar,” katanya selepas menghadiri pelancaran aplikasi robotik di Ipoh Central Market, Ipoh pada Selasa.

Kerajaan tidak membenarkan untuk mengadakan bazar Ramadan pada tahun lalu memandangkan negara berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Larangan ini juga bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Doakan yang terbaik lah ya. Semoga kita dapat merasa kembali suasana di Bazar Ramadan. Apapun, SOP tetap kena jaga.

Advertisement

SUMBER

Comments

comments