Bazar Ramadhan Jalan TAR Akan Dipindahkan Ke Jalan Raja

133

Tahun lalu, pihak DBKL telah mengumumkan penutupan bazar Ramadhan di Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR) meskipun mendapat bantahan orang ramai.  Punca utama penutupan itu adalah kerana banyak bantahan dan aduan pemilik premis kedai selain isu lain seperti laluan masuk premis kedai yang terhalang dan terganggu, sampah sarap yang terlalu banyak, kewujudan peniaga-peniaga haram serta kesesakan trafik.

jalan tar

Namun buat pengunjung setia bazar Ramadhan Jalan TAR, janganlah bersedih kerana pihak DBKL telah menyediakan tempat untuk anda membeli juadah berbuka puasa. Lokasi Jalan Raja telah dipilih sebagai bazar Ramadhan yang baru. Lokasi baru ini dikatakan lebih teratur, kemas dan turut menjadi tumpuan para pelancong. Kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Shahruddin Md Salleh:-

Perkara itu kita ambil maklum. Pihak DBKL nak Jalan Raja menjadi tumpuan para pelancong di mana bazar-bazar yang kita dirikan adalah bazar yang terurus, bersih dan cantik. Kita akan dirikan petak lebih luas dan kawasan jalan kaki lebih besar. Dengan adanya bazar lebih tersusun dan teratur, tidak seperti yang ada sekarang seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Selain itu termasuk juga isu kebersihan persekitaran dengan sampah sarap berikutan peningkatan jumlah pengunjung. Selain itu sekarang berlaku aktiviti pembinaan seperti jalan siar kaki di Jalan TAR dan Masjid India. Maka akan memberi kesukaran kepada pengunjung ke bazar. Maka kita nak pindah ke Jalan Raja

jalan tar

Buat yang tidak tahu, Jalan Raja terletak berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. Memang ia lebih luas dan lebih selesa berbanding Jalan TAR. Semoga bazar Ramadhan ini akan mendapat sambutan yang lebih mengalakkan selepas ini. Apa kata anda? Sumber Astro Awani.

Comments

comments