Beg Tangan Berjenama Dijual Lebih Mahal Daripada Harga Pesawat

Bagi peminat beg tangan berjenama sudah pasti tidak akan terkejut dengan design dan harga yang ditetapkan kerana ianya sudah pasti berpatutan dengan jenamanya yang popular.

Sebuah beg tangan jenama Louis Vuitton menjadi tumpuan warganet kerana ia dilaporkan lebih mahal berbanding dengan harga sebuah pesawat ringan.

Menerusi laporan Oddity Central, beg tangan yang direka oleh pereka pakaian lelaki, Virgil Abloh dijual dengan harga AS$39,000 (RM161,226).Wow! Mahalnya..

Advertisement

Beg tangan yang berbentuk sebuah pesawat dengan corak ikonik jenama itu merupakan koleksi untuk para lelaki pada tahun ini. Berhubung dengan corak dan bentuknya yang menyerupai sebuah pesawat, rekaan Abloh menjadi bualan dan kritikan para pengkritik dan pereka fesyen kerana menganggap dia membebankan dirinya dengan mencipta rekaan sebegitu.

Digelar sebagai beg Keepall, beg tangan itu kelihatan seperti sebuah pesawat komersial mini lengakap dengan ekor, sayap dan empat mesin yang timbul serta dipenuhi dengan logo jenama Louis Vuittion.

Pun begitu, gambar beg tangan ini sudah dimuat naik beberapa bulan namun ianya menjadi tular selepas ada individu yang memuat naik di laman Twitter dan membandingkan harganya dengan harga pesawat Cessna terpakai.

“Pesawat Cessna dijual dengan harga AS$32,300 (RM133,528) menerusi laman eBay” 

Walau bagaimanapun, rekaan itu dicipta dengan bentuk sedemikian kerana mempunyai fungsinya tersendiri atau hanyalah untuk aksesori fesyen semata.

Sumber

Comments

comments