Bekas Pengarah Urusan MAS Meninggal Dunia, Individu Penting Di Sebalik Sejarah Kegemilangan Malaysia Airlines

malaysia airlines

Bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines Bhd, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman dilaporkan meninggal dunia semalam, akibat komplikasi kanser pada usia 86 tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles, Ampang lewat malam tadi.

Berita kematian tersebut turut dimaklumkan oleh Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) menerusi hebahan di Facebook.

Advertisement

Allahyarham pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Malaysia Airlines sejak 1982 hingga 1992. Sepanjang perkhidmatannya di MAS, syarikat penerbangan itu pernah melalui fasa kegemilangan mereka dan mempunyai jaringan penerbangan di serata Asia, Eropah, Australasia dan benua Amerika.

Sejarah Malaysia Airlines

malaysia airlines

Malaysia Airlines atau nama asalnya Malayan Airways Limited (MAL) mula ditubuhkan pada tahun 1937 dengan penerbangan antara Pulau Pinang dan Singapura. Selepas sedekad, MAL melancarkan penerbangan komersial pertama sebagai syarikat penerbangan nasional.

Di mana mereka tidak hanya melakukan penerbangan domestik malah penerbangan antarabangsa. Penggabungan bersama Borneo Airways pada tahun 1963 menjadikan nama Malayan Airways Limited ditukar kepada Malaysian Airways Limited.

malaysian airlines

Ketika peristiwa Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965, nama syarikat penerbangan ini dijenamakan semula kepada Malaysia-Singapore Airlines (MSA). Namun gabungan ini tidak kekal lama selepas kedua-dua negara memilih untuk membawa haluan sendiri pada tahun 1973.

Tragedi hitam MAS

Ramai yang lebih mengingati peristiwa hitam yang menimpa dua pesawat Malaysia Airlines iaitu MH370 dan MH17. Namun, syarikat penerbangan itu sudah melalui satu peristiwa hitam pada tahun 1977 semasa pesawat MH653 dirampas dan menyebabkan kematian keseluruhan penumpang.

Peristiwa dikenali sebagai Tragedi Tanjung Kupang 1977 melibatkan pesawat Boeing 737-200 telah terhempas di Tanjung Kupang, Johor. Terdapat beberapa konspirasi yang melibatkan pesawat ini yang dikatakan dirampas oleh Kumpulan Tentera Merah Jepun (Japanese Red Army).

malaysia airlines

Pesawat yang dirampas itu turut dikatakan memiliki bahan letupan oleh Kumpulan Tentera Merah Jepun malah juruterbang sempat memaklumkan rampasan itu pada Menara Kawalan. Menurut saksi, pesawat tersebut kelihatan meletup di udara dan menjunam ke tanah sebelum letupan kedua berlaku.

Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman

Lulusan undang-undang Lincoln’s Inn, London ini kembali ke tanah air pada tahun 1957 dan menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai pentadbir dan kemudiannya menjadi majistret dan presiden mahkamah sesyen.

Selepas 15 tahun bekerja dengan kerajaan, pada 1971 Abdul Aziz menggalas peranan baru untuk membantu mewujudkan syarikat penerbangan Malaysia apabila Malaysian-Singapore Airlines (MSA) membuat keputusan untuk berpisah.

malaysia airlines
Sumber

Sewaktu beliau menerajui MAS, syarikat itu mencatat pertumbuhan drastik dalam jumlah penumpang, kapal terbang serta laluan penerbangan. Syarikat itu melalui peringkat pengembangan operasi dan dilihat berada pada landasan yang betul.

Apabila beliau bersara pada 1991, beliau meninggalkan syarikat itu dengan rizab tunai sebanyak RM5 bilion.

Ketika beliau mengambil alih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAS pada 1982, syarikat itu menanggung RM39 juta defisit dan memerlukan RM70 juta untuk dana operasi. Selepas persaraannya dari MAS, beliau masih lagi mengambil tahu isu dan perkembangan syarikat dalam membantu syarikat penerbangan itu terus berkembang.

Salam takziah kami ucapkan kepada keluarga Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman. Semoga roh beliau berada dalam kalangan mereka yang beriman.

Comments

comments