Bekerja Tanpa Henti Lawan Coronavirus, Ahli Farmasi 28 Tahun Ditemui Mati

32575

Seorang ahli farmasi muda berada di barisan hadapan dalam merawat coronavirus di China telah jatuh pengsan dan meninggal dunia kerana bekerja berlebihan.  Dia ditemui sudah meningal dunia oleh rakan sekerjanya.

Menurut The Paper, staf perubatan itu dikenal pasti sebagai Song Yingjie, dan usianya hanya 28 tahun. Dia ialah timbalan ketua satu kumpulan farmaseutikal di sebuah pusat kesihatan di daerah Henshang dan terlibat dalam menentang coronavirus.

Dia sudah bekerja di pusat kesihatan itu sejak April 2016 dan menyertai pasukan yang diletakkan di Yuelin Expressway. Song melakukan apa yang terdaya dan menyatakan sanggup bekerja setiap hari mulai 25 Januari, yang merupakan hari pertama Tahun Baru Cina.

Dia bertanggungjawab mengedarkan bekalan perubatan kepada rakan sekerjanya dan bekerja keras selama 10 hari sembilan malam di saat negaranya mencuba sedaya upaya berlawan dengan virus itu. Pada 3 Februari, dia menghabiskan syif pada 12.00 tengah malam dan bergerak ke dormitori untuk berehat.

Apa yang menyedihkan, rakan sekerjanya menemui dia telah meninggal dunia dan adalah dipercayai yang dia maut disebabkan serangan jantung mengejut kerana terlalu bekerja keras. Pihak berkuasa masih menyiasat kesnya. – amazingnara.com via World of Buzz

 

Comments

comments