Belanjawan 2020: Gaji Minimum Naik RM1,200, Hanya Di Bandar Utama Sahaja

1572

Dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, di Dewan Rakyat hari ini kerajaan akan menaikkan gaji minimum dari RM1,100 sebulan kepada RM1,200 sebulan berkuatkuasa tahun 2020.

Di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata, bagaimanapun kenaikan itu hanya untuk di wilayah bandar utama sahaja.

“Kerajaan Pakatan Harapan komited untuk menambah baik kehidupan rakyat, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah.”
“Justeru, bagi mengimbangi keperluan pekerja dan majikan dengan mengambil kira kenaikan kos sara hidup di bandar-bandar utama, Kerajaan mencadangkan supaya gaji minimum ditingkatkan pada kadar RM1,200 sebulan hanya di wilayah bandar-bandar utama berkuat kuasa pada tahun 2020.

Beliau berkata, kerajaan akan meneliti semula Akta Kerja 1955 bagi memastikan akta tersebut kekal relevan dengan keperluan pasaran tenaga kerja semasa.

 

Antara yang akan dikaji semula termasuk:-

  • Naikkan tempoh cuti bersalin kepada 90 hari bermula 2021.
  • Memanjangkan kelayakan bayaran lebih masa kepada golongan berpendapatan kurang RM4,000.
  • Menambah baik pengendalian aduan gangguan seksual dari segi perlindungan dan prosedur
  • Memantapkan peruntukan berkaitan larangan diskriminasi dalam pekerjaan contohnya agama, kaum atau jantina

Sumber: Astro Awani

Comments

comments