Belum Reda Lagi Isu Mercedes Benz, Rakyat Persoalkan Bonus RM50,000 Yang Diterima Exco Kelantan

wang ringgit malaysia
Gambar hiasan

Sebelum ini, kecoh apabila kerajaan negeri Kelantan mengesahkan kereta Mercedes Benz dengan plat pendaftaran DV 1 adalah kenderaan rasmi baru buat kegunaan Menteri Besar. Pembelian kereta mewah itu tidak disambut baik oleh rakyat yang mempersoalkan sumber kewangan yang digunakan untuk pembelian itu.

Sekali lagi kerajaan negeri itu menarik perhatian ramai apabila Exco Kelantan mengesahkan pemberian khas sebanyak RM50,000 kepada pegawai kanan dan pimpinan kerajaan negeri itu. Tetapi Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, menafikan ianya adalah bayaran bonus sebaliknya hanyalah pemberian khas berikutan pencapaian pendapatan kerajaan negeri.

Duit pemberian khas ini juga tiada kaitan dengan peruntukan khas oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak RM400 juta.

Sebelum ini Kelantan telah menerima bantuan sekali beri atau ‘one-off’ sebanyak RM400 juta daripada Kerajaan Persekutuan yang diberikan oleh Perdana Menteri. Peruntukan berkenaan adalah untuk meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Kelantan.

Sebanyak 14 termasuk EXCO dan menteri besar yang menerima pemberian khas ini. Bukannya selalu, tahun ini saja paling banyak dan tahun depan mungkin tiada.

Pemberian khas RM50,000 seorang kepada pimpinan dan pegawai kanan negeri ini turut menerima kecaman daripada rakyat terutamanya rakyat Kelantan kerana kerajaan negeri dilihat lebih ‘berduit’ sejak kebelakangan ini.

Advertisement

Pemberian khas itu juga dipersoalkan kerana jumlah yang jauh berbeza dengan yang diperoleh pegawai dan kakitangan negeri itu yang menerima bayaran tambahan RM500, menjadikan keseluruhan RM1,000 seorang.

Sumber

Comments

comments