Benarkan Pengeluaran i-Citra RM5k Secara ‘Lump-Sum’, Pemuda Umno Gesa Kerajaan Mudahkan Rakyat

Pemuda UMNO mencadangkan agar kerajaan membenarkan had pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-Citra antara RM10 ribu sehingga RM20 ribu bagi pencarum yang ada baki simpanan RM100 ribu. Apa pandangan korang?

Benarkan pengeluaran secara ‘lump-sum’ RM5,000 berbanding pengeluaran berkala setiap bulan.

Kaedah begini memberi lebih ruang untuk rakyat merancang sendiri dengan terbaik bagaimana simpanan mereka dapat dibelanjakan.

Menurut laporan Kosmo Online, ketua pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata sepatutnya kerajaan perlu memastikan bayaran pertama lebih tinggi daripada bayaran seterusnya jika masih ingin meneruskan kaedah berkala iaitu sekurang-kurangnya RM2 ribu bagi bayaran pertama.

Ketika ini, ramai yang terdesak dan beliau juga meminta agar kerajaan mengutamakan akses ke Akaun 1. Selain itu, beliau juga turut menggesa untuk memudahkan dan mempercepatkan pengeluaran i-Citra.

Sumber

Advertisement

Comments