Berang Dengan Kenyataan Bos Foodpanda, Netizen Lancarkan Boikot Padam Aplikasi Itu

3211

Seperti yang kita semua tahu, kemelut diantara penghantar makanan Foodpanda dan syarikat tersebut masih belum menemui jalan penyelesaiannya. Sehinggakan YB Syed Saddiq turut ikut sama campur tangan bagi menangani masalah ini.

Terbaru pula, kenyataan daripada Pengarah Urusan Foodpanda iaitu Sayantan Das menimbulkan kemarahan ramai pihak. Beliau berkata syarikatnya tidak ada masalah dengan mogok yang dilakukan oleh pekerjanya itu.

Jika tak mahu kerja, kami OK

bos foodpanda
Beliau memberikan respon kepada mogok yang dilancarkan oleh penghantar makanan syarikatnya itu. Tambahnya lagi, syarikat tidak terjejas dengan mogok yang dilakukan.

“Jika penghantar tidak mahu kerja, tolong berikan atau tukar awak punya syif pada penghantar lain sebab awak menjejaskan kehidupan mereka”

Kenyataan ini turut mendapat reaksi daripada YB Syed Saddiq menerusi laman Twitter nya itu dimana beliau berkata keangkuhan bukan jalan penyelesaiannya.

Boikot Foodpanda

Dengan kenyataan yang disifatkan sebagai ‘angkuh’ itu, netizen turut sama tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Kini para netizen sepakat melancarkan boikot pada syarikat itu.





Dalam hal ini, ada cara yang lebih baik boleh diambil untuk selesaikan masalah. Soal kebajikan pekerja perlu sama diutamakan. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik.

Comments

comments