Berang Diminta Berhenti Main PUBG, Anak Kelar Leher Bapa

Seorang anak difahamkan sanggup mengelar leher bapanya, setelah diminta untuk berhenti bermain permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).

Menerusi laporan Times Now News, kejadian yang berlaku di Uttar, Pradesh, India itu menyaksikan, anak lelaki yang dikenali sebagai Amir bertindak menyerang bapanya, Irfan, selepas diminta berhenti bermain permainan tersebut kerana menghabiskan banyak masa melakukan perkara yang tidak berfaedah.

Lebih perit, Amir dikatakan bertindak ganas lalu mengambil sebilah pisau dan mengelar leher bapanya beberapa kali sehingga parah.

Advertisement

Tidak ketinggalan, suspek juga turut mencederakan dirinya dengan pisau lalu keluar dari rumah dipenuhi dengan darah. Malah beliau juga dikatakan hampir menikam orang awam yang cuba menenangkannya.

Hasil siasatan mendapati, Amir disahkan positif dadah dan sedang menjalani rawatan.

Amir dan bapanya kini telah dikejarkan ke Meerut Medical College bagi mendapatkan rawatan. Kedua-dua mereka kini berada dalam keadaan kritikal.

Terdahulu, kerajaan India telah melarang permainan PUBG di negara tersebut, namum penduduk di negara tersebut masih aktif mengikuti trend bermain permainan itu.

Sumber: Times Now News

Comments