Berang Isteri Minta Pulang Ke Kampung, Suami Tergamak Cekik & Beri Anak Racun Rumpai

Racun Anak

Hanya kerana masalah kecil, seorang suami tergamak bertindak luar kawalan apabila memberi racun rumpai kepada anak perempuan mereka yang baru berusia lima tahun. Katanya, punca pergaduhan itu selepas isterinya meminta untuk pulang ke kampung. Sampai macamtu sekali!

Kejadian jam kira-kira 12 tengah hari Ahad lalu di Beaufort Kampung Bundu, Kuala Penyu itu berlaku apabila suspek berusia 43 tahun itu dikatakan turut bertindak mencekik mangsa.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob, berkata siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada pertengkaran di antara pasangan suami isteri terbabit.

Pada mulanya isteri suspek menyatakan mahu pulang ke kampung bersama anak-anak ke Keningau, namun hasrat itu dibantah suaminya.

Lebih mengejutkan apabila suspek yang berang kemudian memberi anaknya minum kopi yang sudah dicampur dengan racun rumput. Kejam!

“Perkara itu hanya diketahui ibu mangsa selepas diceritakan oleh anak sulungnya yang berusia lapan tahun”

Tidak cukup dengan racun, suspek turut dilaporkan membawa anak perempuannya ke tingkat atas rumah sebelum mencekik mangsa.

Advertisement

Katanya, mangsa sudah dirujuk ke Hospital Kuala Penyu dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang alahan berikutan kandungan racun adalah sedikit.

Pun begitu, Yusoff Zaki berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan untuk membantu siasatan lanjut.

(Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Penderaan Kanak-kanak)

Macam-macam betul sekarang ni, sebab benda kecil pun dah boleh naik tangan dan bertindak luar kawalan. Semoga kita terhindar dari perkara-perkara sebegini ya..

SUMBER

SUMBERBerita Harian

Comments