Berbelas Kali Muntah Dan Cirit Birit, Anak Kecil Alami Keracunan Makan Ayam Tidak Masak

ayam tidak dimasak dengan sempurna

Umum tahu ayam adalah lauk kegemaran orang ramai khususnya anak-anak. Ibu bapa sering menggunakan masakan ayam untuk menarik selera anak-anak mereka.

Namun, tahukah anda, masakan yang menggunakan ayam boleh menyebabkan keracunan makanan jika ianya tidak dimasak dengan sempurna.

Menerusi posting Twitter yang meraih kira-kira 12,000 ulang kicau, Dr Ahmad Luqman Bukhari berkongsi kisah keracunan makanan yang dialami oleh seorang kanak-kanak.

Menurutnya, kanak-kanak berkenaan kelihatan sangat lemah  ketika dibawa ke hospital oleh ibu bapanya.

Advertisement

“Remuk hati melihat betapa lemahnya keadaan badan si kecil tu. Langsung tak bermaya. Kedua belah mata pun mengcengkung. Dehydrated teruk”.

anak kecil keracunan makanan

“Mana taknya, sejak pagi tadi dah berbelas kali muntah dan cirit birit. Sampai je kat hospital, jarum terpaksa dimasukkan ke saluran darah di kedua-dua belah tangan untuk proses rawatan kecemasan”.

Kisah nasi ayam yang dibawa pulang oleh ibunya menjadi punca kes keracunan makanan yang dialami oleh kanak-kanak berkenaan.

Menurut Dr Ahmad Luqman, si ibu tidak sampai hati untuk menolak permintaan anak walaupun dia menyedari bahagian daging ayam itu tidak masak sepenuhnya.

“Sebenarnya doktor, malam semalam saya ada suapkan nasi ayam yang saya bawa balik dari tempat kerja”.

“Silap saya. Mula-mula lagi saya perasan ada kesan darah pada bahagian sendi tulang ayam tu. Daging pun agak kemerahan, macam tak cukup masak”.

kisah keracunan makanan

“Tapi dia beria mintak nak rasa, tak sampai hati saya nak tolak. Itu yang berikan jugak sikit”.

“Si ayah tiba-tiba bersuara. Jelas ternampak raut kesal di wajahnya”.

Menerusi perkongsian itu, Doktor itu menyatakan darah yang ada pada ayam membuka ruang kepada pembiakan kuman. Walaupun kesannya tidak seberapa, namun ia berbahaya untuk anak kecil sehingga boleh membawa maut.

“Selalu sangat kes kanak-kanak keracunan makanan ni berlaku. Sebahagiannya berpunca dari ayam yang tak dimasak dengan sempurna”.

“Memang patut pun sebab darah yang masih ada pada ayam tu jadi medium yang sesuai untuk kuman membiak. Kalau yang termakan tu kita yang ada imuniti kuat mungkin setakat dapat perut cramp, muntah dan cirit birit. Boleh jadi kesannya tak berapa serius”.

“Tapi sangat bahaya untuk anak kecil. Paling kita takut bila kuman tadi masuk ke dalam salur darah anak dan merebak ke seluruh tubuh (bacteremia)”.

Antara tanda ayam tersebut tidak masak termasuklah baunya yang hanyir, berlendir dan tekstur daging berbeza daripada biasa, suhu daging yang lebih sejuk, dan kesan darah pada tulang serta daging yang masih merah.

Dr Ahmad Luqman merupakan doktor perubatan di Hospital Tunku Ja’afar, Seremban, Negeri Sembilan.

SUMBER

 

 

Comments

comments

SOURCEMstar