Bercerai Dengan Lelaki Terkaya, Terima Pampasan Cerai  RM143.1 Bilion

868

Pengasas syarikat jualan atas talian popular dunia Amazon, Jeff Bezos mencatatkan rekod sebagai kes peceraiaan termahal di dunia, apabila dia bersetuju dengan pampasan perceraian bernilai AS$35 bilion (RM143.1 bilion).

Waaa, banyak tu pampasan yang beliau beri kepada bekas isteri. Nilai pampasan tersebut datang dari 4% pegangan saham Amazon, yang bernilai AS$35.6 bilion, yang kekal menjadi milik bekas isterinya itu.

Bezos, 54 tahun memiliki kekayaan bernilai AS$160 bilion masih mempunyai kuasa mengundi terhadap baki pegangan saham Mackenzie di Amazon, sebuah syarikat yang terkaya di dunia dengan penilaian kira-kira AS$900 bilion.

 

 

Walaupun butiran perceraian itu tidak didedahkan secara terperinci, Bezos memperoleh pemilikan penuh syarikat The Washington Post dan syarikat penerokaan angkasa, Blue Origin LLC, apabila penyelesaian itu dimuktamadkan.

Bezos dan Mackenzie turut berkongsi kesyukuran satu penyelesaian yang baik dapat dicapai menerusi akaun Twitter masing-masing.

Pada Januari tahun ini, Bezos dan dan isterinya, MacKenzie mengumumkan perceraian mereka selepas 25 tahun berkahwin.

Sebelum ini, hartawan media, Rupert Murdoch diarah membayar pampasan sebanyak AS$1.7 bilion kepada isteri keduanya selepas bercerai pada 1998.

Pelakon, Mel Gibson pula terpaksa membahagikan kekayaannya sebanyak AS$850 juta dengan bekas isterinya selepas mereka bercerai pada 2009 selepas 30 tahun berkahwin.

Comments

comments