Berdegil Guna Eskalator Sedang Diselenggara, Wanita Alami Kemalangan, Kaki Terpaksa Dipotong

5909

Kemalangan membabitkan eskalator di China sudah acap kali berlaku, namun nampaknya masih ada yang tidak serik semata-mata kerana ingin sampai ke destinasi dengan mudah dan cepat.

Dalam satu kejadian terbaru di sebuah pusat beli belah, kaki seorang wanita terpaksa dipotong setelah dia terperangkap apabila eskalator yang dinaiki tiba-tiba mengalami kerosakan, menyebabkan dua kakinya jerlus dan tersekat.


Bagaimanapun, saksi yang berada di pusat beli belah ketika kejadian memberitahu cerita yang berbeza. Mereka mendakwa eskalator itu diketahui memang sedang diselenggarakan, dan ia sedang fungsi percubaan, namun wanita itu yang telah menceroboh dan berkeras ingin menggunakan eskalator tersebut.

Kes itu kini masih dalam siasatan polis. – amazingnara.com

Comments

comments