Beregu Lelaki Hadiahkan Pingat Pertama Buat Malaysia

beregu lelaki sukan olimpik

Sebentar tadi, perlawanan antara pasangan beregu lelaki badminton Aaron Chia-Soh Wooi Yik telah menentang gandingan dari Indonesia di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Rezeki berpihak kepada atlet Malaysia apabila pasangan beregu Malaysia telah berjaya menewaskan pihak lawan dengan keputusan 17-21, 21-17, 21-14 dan dapat menghadiahkan pingat gangsa buat Malaysia. Tahniah!

Menerusi Harian Metro, pasangan beregu negara itu layak diberi pujian selepas bangkit daripada tewas di set pertama untuk menewaskan lawan mereka yang mempunyai reputasi hebat.

Advertisement

Pingat gangsa yang dimenangi oleh beregu badminton itu sudah menjadi harapan dan impian negara selepas wakil negara lain tidak berjaya ke peringkat selanjutnya.

Meninjau ke laman Twitter, ramai yang mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada pasangan tersebut kerana berjaya membawa pingat gangsa sekaligus mengharumkan nama negara.

pingat gangsa badminton

Tahniah Aaron Chia dan Soh Wooi Yik 

Untuk makluman, pencapaian terbaik pasukan badminton negara ialah dengan memenangi tiga pingat perak di Rio 2016 melalui jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying serta beregu lelaki, Tan Wee Kiong-Goh V Shem.

Dengan kejayaan daripada pasangan beregu negara ini, impian seluruh rakyat Malaysia telah menjadi kenyataan dengan kemenangan pingat gangsa di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERHarian Metro

Comments