Beri Anak Lihat Tablet Sejak Berusia Tiga Tahun, Kini Penglihatan Anak Lima Tahun Rosak Teruk

834

Ramai memberikan anak-anak kecil tablet, telefon pintar dan gajet sebagai hiburan dan juga menenangkan mereka dari meragam. Ia sudah menjadi lumrah bagi ibu bapa zaman moden untuk mengelakkan anak-anak buat hal terutamanya ketika berada di luar.

Tetapi kecanggihan zaman moden mempunyai harga mahal yang perlu dibayar.

World of Buzz melaporkan, dari laporan Sin Chew Daily, seorang budak lelaki berusia lima tahun di Dongguan, China mengalami masalah penglihatan. Dia terpaksa mengecilkan mata sambil mengerutkan dahi hanya untuk melihat, lalu ibu bapanya membawanya bertemu dengan seorang ahli optometri.

Melalui ujian awal, ahli optometri mendapati anak itu mempunyai myopia pada tahap 975 darjah pada mata kanan dan astigmatisme pada 225 darjah. Manakala mata kirinya mempunyai myopia 750 darjah dan astigmatisme pada 300 darjah.

Foto: Gleneagles

Apa lebih mengejutkan melalui pemeriksaan fundus (untuk memeriksa retina, cakera optik, makula, fovea dan kutub posterior), terdapat keganjilan pada fundus yang bakal membawa komplikasi lebih serius kepada penglihatannya, dan matanya perlu diperiksa setiap tiga bulan.

Jadi mengapakan myopianya begitu tinggi?

Sebenarnya, ibu bapa anak itu sudah belikan dia tablet untuk digunakan sejak dia berusia tiga tahun, untuk membantu pembelajarannya. Sejak itu, anak kecil itu menggunakan tablet sehingga enam jam sehari dengan permainan video.

Disebabkan itu, penglihatannya rosak teruk. Myopia atau rabun dekat tidak boleh dirawat pada usia sebegitu muda, dan akan menjadi lebih teruk apabila umur anak itu semakin meningkat.

Jadi mungkin ibu bapa zaman moden patut mengambil pengajaran dari kisah ini dengan tidak memberikan anak-anak tablet atau telefon pintar untuk menggantikan peranan anda mendidik mereka.

Kerana musibah seperti ini untuk berlaku diibarat hanya menunggu masa untuk  terjadi. Рamazingnara.com

Comments

comments